Wednesday, September 16, 2009

Expression

Ok, let us get straight. Aku bukan seorang yang pandai bermadah, aku bukan jugak org yang pandai menyusun ayat2 yang setanding novel atau mana2 luahan penyajak yang cuba menyampaikan motif2 tertentu. Ini sekadar ekspresi perasaan tuan tanah blog ni untuk di kongsi bersama yang masih berminat nak baca. Jika anda rasa ragu2, sila jangan tambah lagi keraguan anda. Anda boleh saje terus ke button X yang berwarna merah di hujung, kanan anda yg berada diatas tu. (you know what i mean kan?)



Raya dah nak dekat. Mcm mana dgn persiapan korang semua? aku tade la meriah sangat. umur dah 24, dah bekerja. tapi faktor2 tu tak menghalang aku bermain bunga api bersama anak jiran sebelah yang berumur 3 tahun. haha. Sebut plak pasal kerja, terus aku berapi dengan kerani sekolah yang masih tak setelkan gaji aku. kire mcm 2 bulan ni aku masih bekerja membuat amal jariah ye kwn2. asal aku tny kerani tu bila nak siap? dia jwb "kalau ade rezeki awk, cpat la awk dpt". Dah kalo ko tak buat, cmne rezeki nak dtg? bole golek2 je ke rezeki tu dtg??


Beberapa hari ni jugak tuan tanah mengalami perasaan mudah sentap, mudah menyampah dan mudah marah. Banyak gila aku luahkan pada si Nad dan Syidah. (thanks korang. xoxo) Kenapa aku mudah sentap ek? ala sape yg slalu baca blog ni, dah tau pun mmg dah jenis aku cmni. jgn cuba cari pasal dgn aku. Sbb aku ada banyak lagi benda yang penting perlu aku pk dari benda remeh temeh.


Satu hal lagi ialah memuaskan hati orang lain. Semua org tau kite takleh puaskan ati semua org. tapi nape kite tehegeh gak nak puaskan ati org ek? Kite akan disanjung ke pastu? Do people care? Well, aku seboleh boleh puaskan hati orang, especially my family and my besties. Sumpah aku sayang mereka! Sbb so far, they are the most caring and understanding people i ever met! Standard la bila mak marah kenapa balik lewat, takpun mak call tny tak reti balik umah ke? Selagi aku duduk dengan mereka, aku dibawah tanggungan mereka, AKU HARUS dengar kata mereka kan? even ada kala terbabas juga. hiks


I am a complicated woman who is trying to live in a simple life. I wish i could tapi dalam pada tu, aku nak cuba semua benda (tak termasuk yg ada kena mengena dgn ketinggian dan air haha) Bak conversation aku dgn Nad, Life is too short. Tapi kan, kadang2 bila dah terkinja kinja nak cuba semua benda, aku jd lupa diri. Fyi, aku punya rules and regulations dalam kehidupan seharian. Tak kisah la org nak kata aku skema ke, poyo ke atau terlampau ikot rules ke. Tapi as far as i know, skang aku dah tersasar jauh! Bila dah tersasar, tu jadi nye semua benda nak buat dalam masa yang sama. Then badan takleh terima, aku jadi letih. Bila aku letih atau jiwa kacau dan ade plak org terkinja kinja meraih perhatian atau sekadar menempel dlm idop aku, aku jd marah! ntah kenapa. Maap la pada yg terasa.


Seriously, aku memerlukan sesi kaunseling bersama my besties. Help! Whats wrong with me? And to Nad, if youre reading this, aku rasa aku nak kembali back on track mcm dulu2 la. u know what i mean kan? Living in a simple life. Tapi tak ke nnt tak cool? orang lain dah ke bulan, aku terhegeh blajar ikat tali kasot. Pening2.


Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.






p/s Gamba2 ni diambil ketika sesi berbuka puasa dengan classmate UiTM last Saturday. Nama geng ni is Geng Bus Sekolah. haha

2 comments:

  1. bestnya together2 dengan member...hi adik... apa khabar?

    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

    Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

    :)

    ReplyDelete
  2. kak eedany,

    naz sihat. harap2 akak pun sihat disamping keluarga. Salam Aidilfitri untuk akak dah keluarga juga

    Maaf zahir batin ;)

    ReplyDelete